Mayat Wanita Baru Kahwin “RENTUNG”. Puncanya Buat Ramai TERPERANJAT !!!

| July 3, 2017 | 0 Comments

Mayat Wanita Baru Kahwin “RENTUNG”. Puncanya Buat Ramai TERPERANJAT !!! | KUALA TERENGGANU – Seorang wanita yang baharu melangsungkan perkahwinan Mac lalu maut dalam kebakaran dalam kejadian di Jalan Kepong, Kampung Pengadang Baru, disini, hari ini.

Gambar Sekadar Hiasan : Sumber : Google Images

Mangsa, Siti Nor Munirah Abu Bakar, 31, dipercayai terperangkap di tingkat atas kediaman dua tingkat, di sini, dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 4 petang tadi.

Mangsa ditemui rentung di bahagian bawah kediaman ibu mertuanya kira-kira jam 6 petang.

Mangsa ditemui rentung oleh pasukan penyelamat selepas setengah jam aktiviti memadamkan kebakaran berjaya dikawal sekitar jam 5.30 petang.

Timbalan Pengarah Bomba dan Penyelamat Negeri, Sharikan Bustaman berkata, mangsa dipercayai terjatuh dari tingkat atas disebabkan lantai rumah reput kerana hangus dijilat api.

“Difahamkan kediaman ini dihuni oleh pasangan suami isteri, namun, ketika panggilan diterima, tiada maklumat mengenai mangsa terperangkap dalam kebakaran dimaklumkan.

“Bagaimanapun,  tindakan anggota bomba berjaya memadamkan api dari merebak ke rumah berdekatan yang kedudukannya tidak sampai 10 kaki dari rumah terbabit,” katanya.

Katanya, pasukan bomba menerima panggilan kebakaran jam 4.33 petang dan tiba ke lokasi jam 4.42 petang.

Menurutnya, seramai 21 anggota dikejarkan ke lokasi melibatkan tiga jentera dan sepasukan perubatan.

“Ketika tiba di lokasi, rumah terbabit telah 80 peratus terbakar,namun, tindakan pantas berkaya mengawal kebakaran dari terus merebak,” katanya.

Siti Nor Munirah dan pasangannya, baharu selesai mengadakan majlis sambut menantu, Rabu lalu.

Sementara itu, ibu mertua mangsa, Minah Endut, 62, berkata, ketika kejadian dia tiada di rumah kerana membeli barangan dapur di pasaraya bersama anaknya, Robiatul Adawiah, 25.

“Kami keluar kira-kira jam 2 petang dan selepas membeli, kami berhajat singgah minum tetapi tiba-tiba terima panggilan telefon mengenai rumah terbakar.

“Ketika itu, Siti Nor Munirah ada di rumah bersama anak lelaki saya yang lain, Abdul Mukhlis, 27, manakala Abdul Mukmin sedang bekerja di kedai kusyen bersebelahan,” katanya.

Minah berkata, beliau tidak menyangka kejadian itu meragut nyawa menantunya memandangkan mereka baharu sahaja mengadalan majlis sambut menantu empat hari lalu.

Katanya, tiada barangan yang sempat diselamatkan dan mereka sekeluarga kini tinggal sehelai sepinggang.

Sumber : SinarHarian

P.S. 1 – CCTV JPJ Rakam Imej Bungkusan Kain Kapan Dalam Kereta Warga Singapura Yang Buat Ramai TERKEJUT !!!
P.S. 2 – ANEH Suami Selalu Pulang Rumah Mak. Akhirnya Apa Yang Suami Buat Di Rumah Maknya TERBONGKAR !!!
P.S. 3 – Malam Pertama Saya Salin Pakaian Di Bilik Lain. Gara-Gara Ini Suami Buat Sesuatu Di LUAR JANGKA !!!
P.S. 4 – Suamiku Seorang Yang Amat Baik Tapi Disebabkan Satu SEBAB, Aku TERLANJUR Dengan Rakan Sekerja !!!
P.S. 5 – Seluruh Penduduk MURTAD. 30 Tahun Pakcik Ni TERPAKSA Solat Sendirian…. Allah Allah…

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: KISAH VIRAL

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *