(Gempar) Kes Zulfarhan : Beberapa Individu Lain Mungkin Ditahan !!!

| June 22, 2017 | 0 Comments

(Gempar) Kes Zulfarhan: Beberapa Individu Lain Mungkin Ditahan !!! | SHAH ALAM: Polis mungkin menahan beberapa lagi individu bagi membantu siasatan kes mahasiswa Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) , Zulfarhan Osman Zulkarnain yang meninggal dunia dipercayai didera, Khamis lalu.

Gambar Hiasan

Ketua Polis Selangor Datuk Seri Abdul Samah Mat berkata bagaimanapun perkara itu bergantung kepada perkembangan siasatan kes berkenaan.

“Sehingga hari ini tiada tangkapan terbaru, tangkapan masih kekal 36 orang membabitkan 32 penuntut dari UPNM dan bakinya penuntut Uniten (Universiti Tenaga Nasional).

“…dan buat masa ini proses siasatan masih lagi berjalan, sekiranya perlu untuk tahan individu lain yang kami percaya mempunyai kaitan (dengan kes ini) kami akan tahan namun ia bergantung pada perkembangan siasatan polis,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Pemakaian Pangkat Peringkat Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini, Isnin.

Beliau berkata polis juga dalam proses merakamkan keterangan beberapa saksi kes tersebut termasuk doktor yang merawat mangsa bagi melengkapkan siasatan.

Mengulas mengenai dakwaan Zulfarhan Osman didera kerana mencuri komputer riba milik penuntut lain, Abdul Samah berkata setakat ini, polis belum menerima laporan berhubung kecurian komputer riba itu daripada pemiliknya.

“Tiada sebarang laporan polis yang dibuat oleh penuntut ataupun pemilik berhubung kehilangan komputer riba itu…sekiranya ada sila lapor kepada kami (polis).

“Begitu juga dakwaan terdapat kes buli dan dera membabitkan penuntut UPNM sebelum ini, apa yang saya boleh sahkan ini kes pertama yang dilaporkan kepada kami,” katanya.

Zulfarhan Osman, 21, Pegawai Kadet Laut UPNM meninggal dunia di Hospital Serdang, kira-kira 10 malam, Khamis lalu dengan kesan lebam dan melecur pada badan.

Kematiannya disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan susulan kejadian itu, polis mereman 36 penuntut UPNM dan Uniten berusia 20 hingga 21 tahun selama tujuh hari sehingga Jumaat ini bagi membantu siasatan. – BERNAMA

Sumber : mstar

 

P.S. 1 – Kantoi MENGANDUNG, Pelajar STPM Kongsi Kisah Buat ‘PROJEK’ Di Sekolah Yang Buat Ramai TERKEJUT !!!
P.S. 2 – [VIDEO] Tak Tahan Jadi Mangsa R0G0L Ayah Tiri. Gadis Gantung Diri Secara Live MENGGEMPARKAN Dunia !!!
P.S. 3 – “Mungkin Sebab Rupa Saya Sama Dengan Ibu” 4 Tahun Jadi KEKASIH Ayah…Ayah PUNCA Aku Hamil 6 Bulan !!!
P.S. 4 – Lepas Roomate Aku Keluar Jumpa Pakwe Malam Tu, Aku Terus Tido. Dalam Gelap Aku Rasa Ada Orang PEGANG Tangan Aku Dan…
P.S. 5 – “Kena Tunggu Bisul MASAK Baru PICIT” Doktor DEDAHKAN Amalan Tunggu Bisul “MASAK” Boleh BAHAYAKAN Kesihatan !!!

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: KISAH VIRAL

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *