Dahla Jijik. Ayah Kerja Cleaner. Perbuatan Ayah Ini Buat Ramai TERDUDUK !!!

| June 13, 2017 | 0 Comments

Dahla Jijik. Ayah Kerja Cleaner. Perbuatan Ayah Ini Buat Ramai TERDUDUK !!!| Ibu bapa sanggup berkorban apa sahaja bagi merealisasikan impian anak-anak mereka. Inilah apa yang telah dilakukan oleh Idris, seorang bapa yang penyayang untuk anak-anaknya.

Kisah Idris mula tular selepas seorang jurugambar bernama GMB Akash berkongsi kisah tentang seorang tukang cuci yang berusaha untuk menghantar anak-anak perempuannya ke universiti.

Idris terlalu malu untuk menceritakan perihal sebenar tentang pekerjaannya kepada keluarganya sendiri. Dia menipu mereka dan berkata dia hanya bekerja sebagai buruh kasar.

Bagi menyembunyikan bau yang mungkin tidak menyenangkan kerana pekerjaannya, dia akan mandi di bilik mandi awam sebelum pulang ke rumah. Idris sanggup melakukan pelbagai perkara, yang penting anaknya dapat memasuki universiti.

Impian Idris untuk melihat anaknya masuk ke universiti hampir menjadi kenyataan apabila anak perempuannya itu tamat persekolahan dan dapat surat kemasukan ke universiti.

Namun, pada hari di mana dia harus pulang ke rumah bersama wang untuk yuran anaknya, dia tidak cukup wang. Idris sangat kecewa dan mula menangis.

Namun sesuatu yang menakjubkan berlaku. Selepas tamat waktu kerja, seorang demi seorang rakan sekerjanya datang dan memberikan gaji mereka kepadanya.

Apabila Idris menolak, mereka berkata, mereka akan berlapar hari ini jika perlu,  anak perempuan kamu mesti menyambung pengajian ke universiti.

Idris pun dapat membayar yuran pengajian anaknya. Malah, selepas mengetahui perkara sebenar, anak-anaknya meminta Idris untuk letak jawatan. Mereka kini mengambil kerja separuh masa sambil belajar untuk menampung perbelanjaan keluarganya.

Pada masa yang sama, anaknya itu sentiasa membawa bapanya ke tempat kerja lama bapanya. Dia akan membawa makanan dan belanja bekas rakan sekerja bapanya makan.

Ini kerana, kalau tidak disebabkan pengorbanan mereka pada hari itu, dia mungkin tidak akan ke universiti. Dia juga meminta semua orang mendoakan kejayaannya agar setiap hari dia boleh membantu mereka.

Menurut Idris, dia tidak merasakan dia orang miskin lagi. Mustahil untuk dia rasa miskin dengan anak yang bijak dan pemurah seperti anaknya itu.

Sumber : Era Baru

P.S. 1 – CCTV JPJ Rakam Imej Bungkusan Kain Kapan Dalam Kereta Warga Singapura Yang Buat Ramai TERKEJUT !!!
P.S. 2 – ANEH Suami Selalu Pulang Rumah Mak. Akhirnya Apa Yang Suami Buat Di Rumah Maknya TERBONGKAR !!!
P.S. 3 – Malam Pertama Saya Salin Pakaian Di Bilik Lain. Gara-Gara Ini Suami Buat Sesuatu Di LUAR JANGKA !!!
P.S. 4 – Suamiku Seorang Yang Amat Baik Tapi Disebabkan Satu SEBAB, Aku TERLANJUR Dengan Rakan Sekerja !!!
P.S. 5 – Seluruh Penduduk MURTAD. 30 Tahun Pakcik Ni TERPAKSA Solat Sendirian…. Allah Allah…

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: KISAH VIRAL

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *