Kesan Membawa Melulu. Sambutan Ramadhan Terakhir Buat Pasangan Cikgu Ini. Apa Yg Terjadi Buat Ramai TERKEJUT !!!

| May 28, 2017 | 0 Comments

Kesan Membawa Melulu. Sambutan Ramadhan Terakhir Buat Pasangan Cikgu Ini. Apa Yg Terjadi Buat Ramai TERKEJUT !!! | MARANG – Sehidup semati, demikian keadaan terjadi kepada pasangan suami isteri yang menemui maut selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kilometer 36 Jalan Kuala Terengganu ke Kuantan, di Serating di sini, petang semalam.


Dalam kejadian kira-kira jam 5.35 petang itu, Maimun Mamat, 48, dan suaminya, Daud Setaffa, 55, meninggal dunia selepas mengalami kecederaan parah di bahagian badan dan kepala.

Maimun merupakan guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (Kafa) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala Daud yang juga guru agama meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di Kuala Terengganu.

Tiga lagi penumpang kereta termasuk anak kepada pasangan berkenaan iaitu Mohammad Fadhil dan Nor Najihah serta seorang lagi kanak-kanak, Adam Ibrahim yang turut cedera dirawat di hospital sama.

Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Mohd Suhaimi Ali berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila kereta Perodua Viva dipandu Daud dalam perjalanan dari arah Kuantan menghala ke Kuala Terengganu.

Beliau berkata, sebaik tiba di tempat kejadian, sebuah kereta Nissan Latio dipandu lelaki yang datang dari arah bertentangan memasuki laluan mangsa sebelum melanggar bahagian depan Perodua Viva itu.

“Penumpang hadapan meninggal dunia di tempat kejadian manakala semua mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu untuk rawatan.

“Bagaimanapun, pemandu Perodua Viva itu meninggal dunia jam 7.32 petang tadi sebelum jenazah pasangan suami isteri itu dibawa ke Unit Forensik untuk bedah siasat,” katanya.

Mohd Suhaimi berkata, pemandu Nissan Latio hanya cedera ringan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1)(a) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menyebabkan kematian dengan memandu secara melulu atau membahayakan.

Sumber : Sinar Harian

P.S. 1 – Padah Tumpang Kereta Dinaiki 4 Gadis. Lelaki Ini DIR0G0L Bergilir² & Dibuang Dalam Semak !!!
P.S. 2 – Gaji RM 1600 Tapi Dah Ada Aset Bernilai SEJUTA Ringgit. Apa Yang Gadis Ini Lakukan Buat Ramai TAKJUB !!!
P.S. 3 – [VIDEO] Apa Yang Pengiring Kereta PM Jepun Ini Lakukan Buat Ramai KAGUM !!!
P.S. 4 – Askar Israel KANTOI Campak SESUATU Di sisi Mayat Warga Palestin Yg Buat Ramai GERAM !!!
P.S. 5 – Bila Tanya Ttg KEKAYAAN. Ini Jawapan Syed Mokhtar Yg Buat Ramai TERDIAM !!!

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: KISAH VIRAL

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *