IbuBapa Dibuli. PenyesalanAdik Beradik Tak Guna.Apa Berlaku Buat Kita TERPANA !!!

| May 9, 2017 | 0 Comments

IbuBapa Dibuli. Penyesalan Adik Beradik Tak Guna.Apa Berlaku Buat Kita TERPANA !!!  | Okay, semua pembaca mesti pernah dengar kisah tanggang kan? Kita kecil2 dulu selalu dengar kan pasal kisah tanggang yg derhaka dengan mak dia. Last2 kena sumpah. Mesti sesetengah daripada korang rasa tak logik kan ada orang sanggup buat macam tu dekat mak dia.

Gambar Hiasan

Dalam hati korang mesti kata

“Hishh aku sayang mak aku. Takdelah kot sampai aku tak mengaku dia bukan mak aku”

“aku balik kampung tiap bulan kot, takkan masuk kategori anak derhaka gak”

“aku anak baik, tiap2 bulan aku masuk duit gaji bagi mak ayah aku”

“aku raya mesti balik kampung tak pernah miss”.

Cuba fikir balik. Kalau korang balik kampung tu, korang tanya tak khabar parents korang. Bukan tanya khabar yang berbasa-basi macam ni je ye – “assalamualaikum. mak abah sihat?”. Ini tak termasuk ye. Sebab apa tak termasuk? Sebab orang2 tua ni bukan semua jenis yang nak cerita sakit dia. Kebanyakannya akan jawab, “ayah mcm nilah. Asalkan boleh jalan dah syukur” , ataupun “ehh sihat je. Kamu nak makan apa tengah hari ni?”

Cuba korang tanya khabar yang betul2 menunjukkan korang memang nak ambil tahu kesihatan diorang. contohnya kalau korang tahu ayah ada gout.

Cuba tanya
“ayah macam mana gout ayah. Teruk lagi ke? Kaki ayah ada bengkak2 macam dulu lagi? Ubat ayah ada stok lagi ke? Kalau abah ada sakit2 lagi nanti bagitahu je, kita pergi klinik lagi check ye.”

Ataupun mak korang selalu complain kaki kerap lenguh, haa cubalah masa balik tu tolong picit2 sikit kaki mak tu.

Kalau korang dah sampai kampung tu, tanyalah mak ayah ada ke apa2 nak tolong kemas. Kudrat orang muda dgn orang tua tak sama. ye memang kita penat baru lepas drive, kalau terlalu penat rehat tidur dulu. Lepas tu tolonglah mak ayah dekat rumah. Kerja rumah ni bukan nak buat masa nak raya je ye! Tu dah salah tu. Cuba ringan2kan tanya mak ayah, ada ke mana2 tempat nak bersihkan. Contohnya kolah air, kalau mak ayah tinggal ber2, mungkin mereka tak larat cuci, sekadar bilas2 je. Ha kalau ada korang, bolehlah tolong cucikan. Tolong gosok2 lantai. Alih2kan pasu. Kemaskan sikit stor. Bersih2kan dapur, peti sejuk semua.

Jangan anggap diri korang tetamu je ye dekat rumah mak ayah korang. Tu kan rumah korang juga. Kalau yang dah kahwin tu, Minta pasangan dgn anak2 tolong sekali. Mula2 mungkin mak ayah korang akan menolak.
Mereka mungkin akan kata
“kesian along drive jauh2. Takpe2 along rehat je.nanti mak buat semua kerja”.

Cuba korang tanya betul2, apa nak tolong. Takpun cuba korang perhati rumah, apa yg korang boleh tolong. Terus je buat.lama kelamaan diorang Akan rasa biasa korang tlg. Lama kelamaan apa2 diorang akan biasa. Nanti bila korang balik diorang akan mintak korang tolong.

Kalau balik kampung tu, jangan sibuk main telefon, bergosip dengan adik beradik, tengok drama pukul 7 je. kesian mak ayah korang rasa terpinggir. Padahal sebelum korang balik, diorang berhempas pulas nak siapkan makan minum korang, kemas bilik korang. Lagi satu, kalau pasangan korang tak selesa tidur rumah mak ayah korang, pujuklah diorang tahan sehari dua je tidur. Kesian mak ayah terasa anak tak nak tidur rumah dia.

Okay setakat tu jelah bebelan hari ni. saje nak bagitahu nasihat ni sebab berdasarkan pengalaman bekerja dengan orang tua dan pengalaman dengan tengok nenek dan atuk, mostly inilah luahan hati diorang. Sebelum di bash “eleh budak ni, mcm lah dia layan mak ayah dia bagus sangat”, mak ayah saya dah meninggal. Jadi saya hanya mampu boleh tengok je kalau orang bergaduh ke ataupun bermanja dengan mak ayah diorang. Kalau yang biadap dengan mak ayah tu, saya ni selalu gatal je mulut nak cakap “layanlah mak ayah korang baik2. Korang tak tahu bila last korang akan jumpa mak ayah korang”. Tapi takut di cop kurang ajar pulak.manusia ni selalu bila dah tak ada baru nak diratapi. Bersyukur lah pada mereka yang ada mak ayah. Jagalah diorang elok2. Terima kasih

Sumber : Alfatunnisa

P.S. 1 – Kantoi MENGANDUNG, Pelajar STPM Kongsi Kisah Buat ‘PROJEK’ Di Sekolah Yang Buat Ramai TERKEJUT !!!
P.S. 2 – [VIDEO] Tak Tahan Jadi Mangsa R0G0L Ayah Tiri. Gadis Gantung Diri Secara Live MENGGEMPARKAN Dunia !!!
P.S. 3 – “Mungkin Sebab Rupa Saya Sama Dengan Ibu” 4 Tahun Jadi KEKASIH Ayah…Ayah PUNCA Aku Hamil 6 Bulan !!!
P.S. 4 – Lepas Roomate Aku Keluar Jumpa Pakwe Malam Tu, Aku Terus Tido. Dalam Gelap Aku Rasa Ada Orang PEGANG Tangan Aku Dan…
P.S. 5 – “Kena Tunggu Bisul MASAK Baru PICIT” Doktor DEDAHKAN Amalan Tunggu Bisul “MASAK” Boleh BAHAYAKAN Kesihatan !!!

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: KISAH SOSIAL

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *