Ayah Panas Baran. Ibu Besarkan Kami. Selepas 10 Tahun Apa Yg Terjadi Buat Kami TERKESIMA !!!

| May 11, 2017 | 0 Comments

 Ayah Panas Baran. Ibu Besarkan Kami. Selepas 10 Tahun Apa Yg Terjadi Buat Kami TERKESIMA !!! | Assalamualaikum semua. Terlebih dahulu aku hanya mahu kongsikan kehidupan aku dan tidak berniat mengaibkan mana-mana pihak termasuk diri aku. Cuma hanya memesan sesama insan yang setiap perkara pasti ada hikmah yang Allah persembahkan secara tak diduga. Jikalau sesiapa yg bernasib seperti aku, aku cuma mampu kata, tabahkan hati dengan ujian yg Allah beri.

Gambar Hiasan

Aku dilahirkan dalam keluarga sederhana saja. Punya ibu, kakak dan ayah. Sejak kecil lagi kami selalu dipukul oleh ayah. Cakap ape sajelah sume pernah kena. Getah paip, hanger, tali pinggang semua pernah. Ibulah selalu pesan, jangan buat ayah marah. Jangan buat ayah tak suka. Setiap kali ayah balik, mesti ayah pukul kami. Ayah memang baran. Tapi ade satu ketika, aku ada beritahu ibu, ayah ada jumpa perempuan lain siang tadi, ibu cuma diam saja.

Allah duga kami ketika aku masih tadika dan kakak masih bersekolah rendah. Ayah bercerai dengan ibu, hidup kami terhuyung-hayang. Ibu terpaksa berhenti kerja kilang dan kerja sebagai housekeeping di mall. Keadaan aku apabila di sekolah, cikgu bertanya tentang maklumat ayah, aku hanya kata ibu dah cerai dengan ayah. Bila kawan sekolah nampak aku berjalan dengan ibu aku membawa penyapu, habis dicanang di dalam kelas. Masa tu aku hanya diam, menangis pun tidak, marah pun tak. Cuma terfikir, salahkah ibu kerja macam tu?

Bila cukup hujung tahun walaupun ayah tinggalkan kami tanpa sebarang nafkah, setiap tahun ibu berusaha siapkan barang sekolah kami. Adakala ibu berubah menjadi sangat pemarah, habis kena cubit tapi aku tahu ibu tak kuat nak harung semua keadaan masa tu. Aku pernah dapat skor dalam subjek dan pernah dapat merah dalam reportcard. Tapi aku taknak ibu datang sekolah. Alasan takut kena bantai result teruk pun iye tapi nanti kalau ibu cuti, ibu takde gaji.

Kakak aku, satu-satunya pemangkin aku untuk terus semangat. Dia merupakan salah seorang pelajar cemerlang di sekolah rendah dan menengah. Tapi dia lah dikira mangsa utama kepada ayah yang sering memukul kami. Disebabkan kakak hanya mendapat B dalam ujian, ayah pukul kakak sampai ibu tak berani nak halang. Aku selalu gaduh dengan kakak masa kecik dulu tapi bila aku menangis soal ibu ngan ayah, aku selalu peluk kakak aku.

Lama kelamaan, kami dah tak ingat dan tak ambil tahu tentang ayah. Bagi kami, hidup hanya bertiga. Sejak kakak mendapat tawaran ke universiti, kakak ada beritahu dia ada jumpa ayah untuk urusan ptptn dia. Cuma selepas itu selang beberapa tahun sepi seperti biasa.

Setelah itu, giliran aku pula ke ipta dan menghubungi ayah berkenaan dengan ayah perlu menjadi penjamin untuk urusan ptptn juga. Aku cuba hubungi ayah. Selang beberapa tempoh, ayah datang betul-betul di hadapan rumah dengan buah tangan KFC yang memang kegemaran aku sejak dari kecil. Hati anak mana tak sebak, ketika tu ayah lagi rendah dari tinggiku dan badannya kurus serta berkaca mata. Kalau 10 tahun dahulu, ayah tegap, bermisai dan tinggi orangnya. Cuma terkejut dengan perubahan ayah.

Ibu adalah manusia paling aku kagum. Dahulu, bertubi-tubi masalah ayah ditanggung ibu. Tapi ibu masih senyum dan suruh jemput ayah masuk untuk selesaikan dokumen tersebut. Ibu pernah pesan, jahat mana ayah kau, binti dalam surat beranak tak boleh tukar. Sejak haritu, aku makin kerap hubungi ayah. Walaupun agak janggal, aku tetap telefon untuk bertanyakan khabar.

Pada mulanya aku hanya diam dan kurang bercerita perihal aku pada ayah. Tapi ayah mula menghulur belanja mingguan, kerap hantar aku pulang ke asrama. Cuma aku terasa sayu, hiba. Dulu nak mintak 50sen nak beli aiskrim pun kena bantai, tapi kali ini bila cakap nak duit belanja, dihulur RM100. Ya Allah, lama aku tak rasa kasih prihatin dari seorang ayah.

Ayah makin hari makin sakit, tapi masih mampu drive, makan ikut selera tapi ayah selalu kena warded. Merokok dengan kopi o tak pernah pantang. Ketika aku di semester 5, kakak pula baru posting sebagai cikgu, kami dapat call dari keluarga ayah di Johor. Patutlah ayah sudah jarang call kami rupanya ayah tenat dan kami bergegas ke sana.

Maklang kami pernah bagitau, ayah bangga ada anak macam kami, berjaya dalam pelajaran. Ayah bangga bila orang tanya anak belajar mana. Ayah suka pasal kami. Ayah dah banyak berubah. Ayah banyak habiskan masa datang jumpa kami tak seperti dulu.

Tapi mutlaknya kuasa Allah, kasih sayang yang nyata tu kami dapat rasa sementara sahaja. Walaupun tingkah lakunya bagai tak diterima pada waktunya muda, ayah meninggal dunia pada petang jumaat sebelum asar dan dikebumikan di sana juga. Sekuat mana kami tanpa ayah dahulu, bila lihat ayah tidak bernafas sesudah bacaan yasin oleh pakngah, mencurah2 air mata melihat ayah. Tenangnya ayah masa tu. Kami pun dah tak sanggup tengok banyak wayar dekat badan ayah. Orang kata meninggal dunia hari jumaat adalah orang yang terpilih bukan? Beruntungnya ayah.

Aku tahu ayah sakit, tapi tak pernah nampak dia makan ubat. Ayah selalu koma, tapi senyum and tanya bila nak keluar. Ayah kalau jumpa ibu, mesti tanya ibu mahu apa walaupun kami tahu ibu hanya senyap ikutkan saja.

Bagi aku, itu kuasa Allah. Sejahat mana dia waktu muda, Allah memberi jalan yang mudah pada ayah. Keadaan semua berjalan dengan lancar. Tak ada yang tertangguh. Sifat benci yang aku pernah rasa dulu bukan kekal dalam hati. Cuma aku tanamkan sifat, kalau Allah tak duga dengan cara macam ni, mana mungkin kami berjaya banggakan mereka berdua.

Cuma agak terkilan, ayah tak sempat ada waktu aku konvo, rasa gaji pertama kakak sebagai cikgu. Hanya doa seorang anak untuk ayah, hanya aku mampu bekalkan. Hikmahnya, kesusahan yang hadapi dari dulu, membuat kami matang dalam menangani setiap hal. Terima kasih ibu didik kami seteguh ini.

4 tahun dah ayah pergi. Semoga Allah cucuri roh arwah ayah. Al-fatihah. Ayah hero adik selamanya..

Sumber : AnakAyah

P.S. 1 – Kantoi MENGANDUNG, Pelajar STPM Kongsi Kisah Buat ‘PROJEK’ Di Sekolah Yang Buat Ramai TERKEJUT !!!
P.S. 2 – [VIDEO] Tak Tahan Jadi Mangsa R0G0L Ayah Tiri. Gadis Gantung Diri Secara Live MENGGEMPARKAN Dunia !!!
P.S. 3 – “Mungkin Sebab Rupa Saya Sama Dengan Ibu” 4 Tahun Jadi KEKASIH Ayah…Ayah PUNCA Aku Hamil 6 Bulan !!!
P.S. 4 – Lepas Roomate Aku Keluar Jumpa Pakwe Malam Tu, Aku Terus Tido. Dalam Gelap Aku Rasa Ada Orang PEGANG Tangan Aku Dan…
P.S. 5 – “Kena Tunggu Bisul MASAK Baru PICIT” Doktor DEDAHKAN Amalan Tunggu Bisul “MASAK” Boleh BAHAYAKAN Kesihatan !!!

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: KISAH SOSIAL

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *